Hospital KunakHospital Kunak
Laman Web Rasmi

Hospital Kunak

Kesihatan Milik Semua

Audit Pensijilan Amalan 5S dari MPC 2013  Berita  11 Nov 2013 10:10 AM  102 reads

Audit Pensijilan Amalan 5S dari MPC 2013
Pada 30 Oktober 2013 yang lepas, Hospital Kunak telah menerima lawatan audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S dari Malaysian Productivity Corporation (MPC) untuk tujuan pensijilan bagi kali yang ketiga. Audit tersebut telah dilakukan oleh En. Edward Binty iaitu Juruaudit dari MPC.

Beliau tiba di Hospital Kunak pada sekitar jam 9:00 pagi dan disambut oleh Pengarah serta kakitangan hospital. Beliau kemudiannya dibawa ke Bilik Seminar Madai untuk menerima ucapan alu-aluan daripada Pengarah dan diikuti dengan taklimat ringkas berhubung implementasi 5S di Hospital Kunak yang disampaikan oleh Penyelaras Jawatankuasa Induk 5S, Puan Norlasimah Lakim.

Beliau memulakan audit sebaik sahaja selesai taklimat dan jamuan pagi iaitu sekitar jam 10:00 pagi. Antara lokasi yang diauditnya adalah Wad Perempuan dan Kanak-kanak, Wad Lelaki, Unit Pentadbiran, Unit Kecemasan, kafeteria, Unit Rekod Perubatan, Surau, Unit Pesakit Luar, Pondok Pengawal dan persekitaran hospital.

Beliau kemudiannya membuat ucapan penggulungan dan memberikan komen hasil dari auditannya. Antara komen yang diberikan adalah seperti surau yang tidak mempunyai “Person In-Charge”, alat pemadam api yang telah tamat tarikh luput di Unit Rekod serta kesalahan-kesalahan kecil yang lain. Namun secara keseluruhannya implimentasi 5S di hospital adalah baik dan beliau mengesyorkan agar Hospital Kunak diberikan sekali lagi pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.

Beliau berharap agar amalan ini dapat diteruskan demi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selesa kepada pekerja. Beliau bertolak balik pada jam 1:00 petang.


Album Gambar

Print article