
Laman Web Rasmi
Hospital Kunak
Kesihatan Milik Semua
- Informasi
- Maklumat Unit
- Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Fungsi Utama - Merancang dan menyediakan infrastruktur IT selaras dengan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan garis panduan pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik.
- Bertanggungjawab serta menyelia penggunaan kemudahan peralatan IT, sistem rangkaian LAN, server dan Internet di Hospital Kunak agar sentiasa dalam keadaan baik.
- Memastikan penggunaan Aplikasi Kerajaan Elektronik dan projek-projek IT KKM oleh kakitangan dan pegawai Hospital Kunak dapat digunakan tanpa sebarang masalah.
- Membaiki kerosakan kecil pada komputer dan peralatannya dari segi perisian dan perkakasan.
- Memantau vendor yang dilantik untuk melaksana sebarang kerja atau projek IT di Hospital Kunak.
- Memberi bantuan, latihan dan kursus kepada pegawai / kakitangan Hospital dalam penggunaan komputer dan peralatan IT.
- Menyelenggara dan mengemaskini Portal Rasmi Hospital Kunak.
- Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Misi - Menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT) kepada Hospital Kunak bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
- Memberikan bantuan sokongan teknikal dan latihan IT kepada warga Hospital Kunak bagi menjamin perkhidmatan kepada pihak pelanggan dapat diberikan dengan cekap dan berkesan.
- Mengoptimumkan penggunaan IT bagi meningkatkan pengetahuan dan budaya IT di kalangan warga Hospital Kunak.
Visi - Untuk membantu pengurusan Hospital Kunak, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan inisiatif Teknologi Maklumat (IT) bagi mencapai misinya dengan lebih cekap dan berkesan.
Objektif - Bertanggungjawab menyelia dan memberi khidmat sokongan teknikal penggunaan semua kemudahan IT termasuk komputer, sistem rangkaian LAN, server dan Internet di Hospital Kunak.
- Memantau, melaksana dan memastikan perlaksanaan Aplikasi Kerajaan Elektronik dan projek-projek IT KKM oleh kakitangan dan pegawai Hospital Kunak dapat digunakan tanpa sebarang masalah.
- Merancang dan menyediakan infrastruktur IT selaras dengan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan garis panduan pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik.
|