Hospital KunakHospital Kunak
Laman Web Rasmi

Hospital Kunak

Kesihatan Milik Semua

Unit Kawalan Jangkitan

Pengenalan

Unit Kawalan Jangkitan (Infeksi) Hospital Kunak terletak di tingkat bawah berhampiran dengan Bilik Persalinan (Labour Room). Unit ini dianggotai oleh Pengarah Hospital (Pengerusi), Doktor Kawalan Infeksi, Pegawai Bertanggungjawab (Kejururawatan), Juruteknologi Makmal Perubatan Kanan, Ketua Jururawat Kawalan Infeksi, Jururawat Kawalan Infeksi dan Pegawai-pegawai Kanan dari Perkhidmatan Sokongan Klinikal Hospital.

Tugas-tugas dan Tanggungjawab :-

a) Klinikal

  • Sentiasa berhubung rapat dengan Makmal Perubatan Hospital dan Pegawai Perubatan.
  • Menyelia dan memberi nasihat mengenai dasar dan prosedur teknik pengasingan amnya dan dalam situasi klinikal yang tertentu.
  • Memberi nasihat klinikal dan bantuan kepada jururawat, bidan, pelawat dan kakitangan bukan klinikal yang lain mengenai isu-isu kawalan jangkitan.
  • Menganalisis dan memberi maklumbalas berkenaan laporan mikrobiologi kepada Ketua Jabatan.
  • Memberi nasihat klinikal dan bantuan kepada pakar perubatan yang lain, kakitangan sampingan dan agensi-agensi luar yang berkenaan tentang isu-isu sosial yang timbul daripada perkara-perkara berkaitan dengan kawalan jangkitan.
  • Memberi bimbingan dan sokongan kepada Jururawat Kawalan Jangkitan yang lain.
b) Pengawasan

  • Menyelaras aktiviti-aktiviti pengawasan untuk hospital.
  • Mengumpul maklumat yang relevan bagi pihak Pasukan Kawalan Jangkitan termasuk kajian terhadap penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan jangkitan, pematuhan mengenai tahap kebersihan tangan (Hand Hygiene) dan sebagainya.
c) Penyelarasan / Organisasi Aktiviti Kawalan Jangkitan

  • Mengenalpasti tahap bahaya sesuatu jangkitan dan mencadangkan tindakan pembetulan yang sewajarnya kepada kakitangan yang berkenaan.
  • Bekerjasama dengan Pasukan Kawalan Infeksi hospital untuk mengenalpasti, menyiasat dan mengawal wabak sesuatu jangkitan.
  • Bekerjasama dengan Pasukan Kawalan Jangkitan dan Klinikal mengenai rutin pemantauan di setiap unit.
d) Pentadbiran

  • Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan dasar-dasar kawalan jangkitan.
  • Memantau pematuhan kepada dasar-dasar kawalan jangkitan, termasuk aktiviti yang berkaitan secara langsung dengan audit.
  • Menyediakan laporan tepat pada masanya.
  • Menasihati kakitangan mengenai aspek-aspek kawalan jangkitan.
e) Pendidikan

  • Mengambil bahagian dalam program pengajaran formal dan tidak formal bagi semua pegawai kesihatan.
  • Mengikuti perkembangan kemajuan yang terkini dengan merujuk bahan bacaan yang berkaitan dan menghadiri kursus yang sesuai, mesyuarat dan pameran.
  • Menasihati kakitangan tentang bahaya mikrobiologik kepada keselamatan kesihatan pekerjaan.
  • Menyertai dan menyelaras kempen-kempen pendidikan yang berkaitan dengan kawalan jangkitan.
f) Usaha Peningkatan Kualiti

  • Membuat penilaian tentang pelaksanaan teknik-teknik kawalan jangkitan.
  • Aktiviti audit tentang kawalan jangkitan.

 

Print article