
Laman Web Rasmi
Hospital Kunak
Kesihatan Milik Semua
- Informasi
- Maklumat Unit
- Unit Dewan Bedah
Pengenalan Unit Dewan Bedah terletak di aras 1 bersebelahan dengan Unit CSSU. Terdapat 4 pintu masuk ke unit ini iaitu melalui laluan dari Unit Kecemasan dan Trauma, melalui pintu Bilik Persalinan Lelaki dan Wanita dan pintu masuk utama pesakit dan pengiring ke ruangan ‘airlock’. Misi Meningkatkan usaha dan kerjasama untuk memastikan perkhidmatan unit dilaksanakan berlandaskan teknologi dan ilmu terkini serta merancang latihan kepada semua kategori anggota. Visi Memberikan perkhidmatan operatif yang cekap dan berkesan berasaskan kepada teknologi moden serta terkini. Objektif - Memastikan semua pesakit diberikan pembiusan dan pembedahan dengan selamat.
- Memastikan keselamatan pesakit dengan menyemak data serta pesakit dengan betul, borang keizinan pembedahan dan pembiusan telah ditandatangani.
- Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembedahan serta memastikan semua peralatan telah disucihama.
- Memastikan jangkitan silang tidak berlaku dengan mematuhi ‘standard precautions’ mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
- Memastikan pesakit mendapat perkhidmatan pembiusan dan pembedahan mengikut standard protokol dan prosedur KKM.
|