
Laman Web Rasmi
Kesihatan Milik Semua
| 1) |
Memberikan kerjasama kepada pihak hospital semasa rawatan diberikan.
|
| 2) |
Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat tentang sejarah lampau yang berkaitan dengan kesihatannya, sejarah rawatan termasuk sebarang jenis pembedahan, sejarah kesihatan keluarga, sejarah pengambilan ubat dan sejarah sosialnya.
|
| 3) |
Pesakit / keluarga pesakit perlu memastikan bahawa dirinya memahami setiap penerangan yang diberikan oleh Pegawai Perubatan / Wakil Pegawai Perubatan, berkaitan dengan prosedur-prosedur rawatan yang akan dijalankan ke atas dirinya.
|
| 4) |
Pesakit / keluarga pesakit perlu bersedia untuk menerima semua 'risiko kemungkinan' yang mungkin terjadi daripada keputusan yang diambil oleh dirinya atau keluarga / waris yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan bagi pihak pesakit.
|
| 5) |
Pesakit / keluarga bertanggungjawab menjelaskan semua kos rawatan yang dikenakan oleh hospital.
|
| 6) |
Pesakit perlu menepati setiap temujanji. Sekiranya ada masalah, pesakit perlu memaklumkan awal agar temujanji baru dapat diaturkan.
|
| 7) |
Tidak menyalahgunakan fasiliti / kemudahan awam yang terdapat di Hospital Kunak.
|
| 8) |
Menjaga tatasusila diri agar tidak mengganggu keselesaan dan hak-hak pesakit lain.
|
| 9) |
Menerima pakai langkah-langkah pencegahan umum (Universal Precaution) mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
|
| 10) |
Pesakit / keluarga / waris, haruslah mematuhi masa melawat yang telah ditetapkan oleh pihak Hospital Kunak.
|
|
|