
Laman Web Rasmi
Hospital Kunak
Kesihatan Milik Semua
- Informasi
- Maklumat Unit
- Unit Rekod Perubatan
Visi - Menjadikan pusat maklumat rawatan pesakit yang berkualiti dan penyimpanan rekod perubatan pesakit yang menitikberatkan taraf keselamatan dan pengawalan yang sistematik.
Misi - Mewujudkan sistem perkhidmatan rekod perubatan dan maklumat perawatan pesakit yang berkualiti dan berkesan kepada semua melalui anggota-anggota yang berdedikasi, terlatih dan cekap berlandaskan kesedaran budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Objektif - Memberi dan menyediakan perkhidmatan penyimpanan dan menjaga keselamatan rekod perubatan.
- Bertanggungjawab dalam penerimaan permohonan dan pengeluaran laporan perubatan.
- Bertanggungjawab dalam menyediakan maklumat rawatan pesakit untuk hospital.
Piagam Pelanggan - Kami menjanjikan layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila anda berurusan dengan kami dan juga apabila anda membuat aduan tentang perkhidmatan.
- Semua permohonan laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 14 hari waktu bekerja iaitu dari tarikh bayaran dibuat. Hanya permohonan dari pihak polis untuk tujuan penyiasatan yang tidak akan dikenakan bayaran.
- Memastikan rekod perubatan pesakit dan filem x-ray disimpan dengan selamat.
- Maklumat-maklumat yang terkandung dalam REKOD PERUBATAN PESAKIT AKAN DIRAHSIAKAN.
|