Hospital KunakHospital Kunak
Laman Web Rasmi

Hospital Kunak

Kesihatan Milik Semua

Perutusan Pengarah Hospital Kunak

Dr.jpg
 
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, Laman Web Rasmi Hospital Kunak ini dapat disiapkan dengan jayanya. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada Unit ICT kerana telah bertungkus lumus untuk menyiapkan Laman Web Rasmi Hospital Kunak ini sehingga berjaya. Selain itu, tahniah juga kepada semua kakitangan Hospital Kunak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses pembikinan portal ini.

Dengan ini, saya amat berharap agar semua pihak tidak kira daripada warga kerja Hospital Kunak atau tidak, berpuas hati dengan portal ini. Dengan ini juga, diharap agar semua pihak dapat menggunakan portal ini dengan sebaik mungkin pada tahap yang maksima agar kualiti dan mutu perkhidmatan Hospital Kunak dapat diperbaiki dan dipertingkatkan disamping penyaluran informasi yang berkesan dan berguna kepada semua pihak.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

Dr. Hj. Asbullah bin Hj. Sudin
Pengarah
Hospital Kunak

Print article