
Laman Web Rasmi
Hospital Kunak
Kesihatan Milik Semua
- Informasi
- Maklumat Unit
- Bahagian Pentadbiran
Bahagian Pentadbiran Hospital Kunak yang juga merupakan nadi utama Hospital Kunak merupakan salah satu bahagian utama yang memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem pentadbiran Hospital Kunak secara menyeluruh. Bahagian Pentadbiran Hospital Kunak menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan hospital sama ada pelanggan dalaman (kakitangan Hospital Kunak) mahupun pelanggan luaran (bukan kakitangan Hospital Kunak). Terdapat 4 pecahan unit di dalam bahagian ini iaitu Unit Perkhidmatan, Unit Kewangan, Unit Hasil dan Unit Khidmat Pelanggan. a) Unit Perkhidmatan - Mengemaskini buku rekod perkhidmatan dalam masa 3 hari waktu bekerja dari tarikh terima dokumen.
- Menyediakan dan membuat edaran semua jenis dokumen perkhidmatan kepada pihak yang terlibat/berkenaan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dari tarikh terima arahan kecuali yang diterima dari mesin faks.
- Membuat edaran semua dokumen yang diterima dari semua mesin faks pada hari yang sama selepas penerimaan dokumen (tidak lebih dari tempoh 24 jam).
- Memproses semua jenis cuti dalam tempoh 3 hari masa bekerja dari tarikh penerimaan borang pegawai/kakitangan.
- Menyediakan dokumen perlantikan dalam masa 7 hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
- Memproses dokumen pengesahan dalam jawatan 3 bulan sebelum tarikh yang melayakkan.
- Memproses dokumen kemasukan dalam jawatan berpencen 6 bulan sebelum tarikh yang melayakkan.
- Memproses dokumen persaraan pegawai / kakitangan 1 tahun sebelum tarikh persaraan.
b) Unit Kewangan - Membuat dan memproses bayaran dan potongan gaji melalui Kew. 320 (SG20) (berkomputer) setiap bulan selepas penerimaan dokumen lengkap tertakluk kepada jadual pembayaran gaji dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
- Membuat bayaran dan potongan gaji (berkomputer) dan berasingan dalam tempoh 7 hari waktu bekerja dari tarikh terima dokumen lengkap.
- Membuat dan memproses tuntutan dan bayaran bil adlam tempoh 7 hari waktu bekerja dari tarikh terima dokumen lengkap.
- Membuat dan menyempurnakan Borang C.P.8c.Pin.2000 (Borang EC) setiap akhir tahun selepas terima dokumen lengkap.
- Menguruskan dan memproses Borang Piutang, Borang A (KWSP 6) dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dari tarikh terima dokumen lengkap.
c) Unit Hasil - Memberi perkhidmatan kepada pesakit dari segi pentadbiran dan pungutan hasil.
- Memastikan peraturan-peraturan di dalam Perintah Fee dan Arahan Perbendaharaan dipatuhi.
- Menghubungkan organisasi hospital dengan organisasi luar, jabatan kerajaan, swasta dan orang awam.
- Memastikan kutipan harian dimasukkan ke dalam bank setiap hari.
d) Unit Khidmat Pelanggan - Melayan semua panggilan telefon dengan sopan, cepat dan tepat.
- Cuba membantu pelanggan mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
- Memberi khidmat sokongan yang berkualiti dan memahami kehendak pelanggan melalui semangat kerja berpasukan.
Objektif - Memberikan perkhidmatan yang cekap, bertanggungjawab dan profesional kepada setiap pelanggan dalaman atau luar yang memerlukan bantuan.
- Menjadikan organisasi sebagai penggerak utama dalam pengurusan hospital yang lebih unggul, cemerlang dan lebih bersistematik.
- Menjadikan organisasi sebagai penyebar dan memberi maklumat terkini dan sentiasa mengemaskinikan maklumat yang diterima dari semasa ke semasa.
- Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kakitangan atau pelnggan dalam berkaitan hal ehwal pekhidmatan/pentadbiran.
- Memberikan dan menyebarkan maklumat yang tepat berkenaan dengan maklumat atau pekeliling terkini kepada semua kakitangan hospital.
Misi - Mengeratkan hubungan antara kakitangan melalui amalan layanan yang mesra pelanggan ke arah meningkatkan mutu kerja jabatan dan perkhidmatan awam.
- Memberikan sumbangan yang berterusan ke arah meningkatkan pemahaman berkenaan dengan dasar-dasar dan peraturan serta tatacara pengurusan yang sebenarnya.
- Memastikan setiap kakitangan yang dilantik memainkan peranan yang aktif untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi imej jabatan.
Visi - Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, cepat dan tepat sejajar dengan cogan kata Hospital Kunak “Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa”.
- Memupuk serta mengamalkan semangat dan budaya kerja secara berpasukan dan profesionalisme di kalangan semua kakitangan.
- Menggalakkan semua kakitangan untuk menghayati dan memahami setiap tanggungjawab sebagai penjawat awam, dan mentaati perlembagaan negara serta mengamalkan nilai-nilai murni dan budaya korporat pada setiap masa.
- Berusaha untuk mengadakan program-program latihan dan kursus-kursus dalaman yang berterusan dan melibatkan semua kakitangan agar warga Hospital Kunak sentiasa mendapat latihan dan kursus yang secukupnya untuk diaplikasikan dalam tugas-tugas seharian.
- Mengamalkan kerja berpasukan untuk memastikan perkhidmatan yang berkualiti diberikan kepada semua kakitangan dan menjamin setiap perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti dan tepat.
|