Hospital KunakHospital Kunak
Laman Web Rasmi

Hospital Kunak

Kesihatan Milik Semua

Unit Kecemasan dan Trauma

 
Visi

Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Kunak merupakan satu unit yang bertapakkan persediaan yang rapi dan bertiangkan usaha serta tindakan yang pantas dan tepat sepanjang masa.

Misi

Menimbulkan keyakinan masyarakat terhadap kemampuan dalam memberikan pelbagai perkhidmatan yang cemerlang berorientasikan prinsip “Kesempurnaan Anggota Dalam Bertindak” iaitu anggota yang berbudayakan nilai-nilai murni dan budaya korporat dengan penggunaan peralatan dan teknik-teknik perawatan yang terkini.

Objektif 
Memberi perawatan kemalangan dan kecemasan yang berkualiti dan efisien.
 
Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat dan bersopan santun serta jujur dan ikhlas.
  • Setiap kes kecemasan, kecederaan dan sakit tenat akan diberi rawatan dengan serta merta.
  • Masa menunggu untuk pesakit kritikal (zon merah) adalah serta merta, kes separuh kritikal (zon kuning) akan dilayan dalam masa 5 minit hingga 15 minit dan pesakit bukan kecemasan (zon hijau) akan diambil perhatian dalam masa 30 minit hingga 90 minit berdasarkan kes-kes kecemasan yang perlu dirawat terlebih dahulu.

 

Print article