
Laman Web Rasmi
Hospital Kunak
Kesihatan Milik Semua
- Informasi
- Profil Hospital
- Soalan Lazim (FAQ)
1) Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran? Jawapan : Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, Surat Sekolah, Surat Pengesahan (GL). 2) Adakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran? Jawapan : Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan dari bayaran. 3) Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris? Jawapan : Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit / waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital. 4) Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital? Jawapan : Bagi semua kes penyakit berjangkit ianya adalah percuma bagi mereka yang berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan. 5) Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Unit Kecemasan? Jawapan : Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan (di jalan raya / di tempat kerja / domestik) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat. 6) Adakah Hospital Kunak merupakan hospital Kerajaan? Jawapan : Ya, Hospital Kunak merupakan hospital Kerajaan. 7) Berapakah jumlah katil yang terdapat di Hospital Kunak? Jawapan : 48 katil. 8) Adakah Unit Pesakit Luar dibuka pada hari Sabtu dan Ahad? Jawapan : Tidak. Walaubagaimanapun, pesakit masih boleh mendaftar terus di Unit Kecemasan pada bila-bila masa termasuk Hari Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am sekiranya mengalami sebarang jenis kesakitan. 9) Bilakah masa melawat di Hospital Kunak? Jawapan : Sila klik di sini untuk paparan Masa Melawat di Hospital Kunak. 10) Berapakah caj bayaran yang dikenakan untuk setiap perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Kunak? Jawapan : Sila klik di sini untuk paparan Kadar Bayaran yang terdapat di Hospital Kunak.
|