
Laman Web Rasmi
Hospital Kunak
Kesihatan Milik Semua
- Informasi
- Maklumat Unit
- Unit Sajian dan Dietetik
Lokasi Unit ini terletak di perantaraan Unit Sokongan dan Stor Integrasi hospital. Visi Menyediakan perkhidmatan sajian yang mengutamakan aspek kebersihan, keselamatan serta mematuhi aspek perawatan pesakit dan melalui sistem pengagihan yang efisien. Misi Berusaha untuk melaksanakan perancangan penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses penyediaan makanan, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti. Objektif - Menyediakan perkhidmatan makanan yang berkualiti dan membantu meningkatkan taraf kesihatan melalui diet yang seimbang untuk pesakit dalaman dan pesakit yang menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.
- Memastikan tahap kesihatan yang tinggi dalam penyediaan makanan pada setiap masa.
- Melaksanakan penggunaan Manual Diet secara maksima yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Menyediakan makanan untuk Pegawai Perubatan yang bertugas. (Dr. On Call)
Piagam Pelanggan - Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, bersopan, jujur dan ikhlas.
- Diet pesakit siap disediakan 30 minit sebelum diagihkan ke wad.
- Semua diet yang disediakan adalah halal, mengikut menu piawai, bersih dan selamat.
- Semua diet siap untuk diagihkan pada:-
| a. Sarapan Pagi | - 07.30 am | | b. Makan Tengahari | - 11.30 am | | c. Minum Petang | - 03.00 pm | | d. Makan Malam | - 05.00 pm |
|