Hospital KunakHospital Kunak
Laman Web Rasmi

Hospital Kunak

Kesihatan Milik Semua

Hak-Hak Pesakit

1)
Setiap kes kecemasan berhak untuk mendapat rawatan kecemasan dengan segera di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Kunak.
2)
Setiap pelanggan berhak dilayan dengan baik, mesra, bertanggungjawab, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
3)
Setiap individu berhak mendapat kerahsiaan semasa sesi soal jawab, pemeriksaan atau rawatan oleh kakitangan perubatan.
4)
Pesakit perlu memberikan kerjasama semasa pemeriksaan fizikal atau rawatan dijalankan.
5)
Setiap kanak-kanak yang dimasukkan ke wad berhak ditemani oleh ibu / bapa / penjaganya pada setiap masa.
6)
Pesakit berhak untuk memilih Pegawai Perubatan sekiranya diperlukan.
7)
Pesakit berhak untuk mendapatkan pendapat kedua sekiranya perlu.
8)
Pesakit berhak untuk mendapatkan maklumat / penjelasan tentang keadaannya, hasil pemeriksaan dan penyiasatan yang telah dijalankan.
9)
Pesakit berhak mengetahui anggaran kos rawatan, penyiasatan dan prosedur yang bakal dijalankan ke atasnya.
10)
Pesakit berhak mendapatkan penjelasan yang jelas, ringkas dan padat mengenai rawatan / prosedur yang dicadangkan serta alternatifnya. Maklumat perlu disertakan dengan risiko yang mungkin berlaku, kemungkinan kegagalan dan kesan sampingan.
11)
Pesakit yang telah mendapat maklumat lengkap tentang keadaan dirinya mempunyai hak untuk menerima atau menolak rawatan sebagaimana yang dicadangkan.
12)
Keizinan pesakit perlu diperolehi sebelum mana-mana prosedur dapat dijalankan. Bagi kes kanak-kanak, keizinan perlu diperolehi daripada ibu / bapa / penjaga yang sah.
13)
Pesakit berhak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan (nursing care) yang selamat dan cekap sepanjang berada di hospital ini.
14)
Sebarang rungutan / aduan daripada pesakit akan diambil perhatian dan tindakan sewajarnya.
15)
Pesakit berhak mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kesihatannya, pendidikan kesihatan, kaunseling, pengambilan ubat, kesan sampingan dan langkah keselamatan yang mungkin diperlukan semasa dan selepas keluar hospital.
16)
Pesakit berhak mendapatkan persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif di hospital ini.
17)
Pesakit berhak mendapatkan bil perubatan yang jelas dan terperinci. Sebarang penjelasan mengenai bil tersebut perlu diterangkan jika diminta.
18)
Pesakit berhak mendapatkan laporan perubatan dalam masa 14 hari masa berkerja pada kadar bayaran yang ditetapkan.
19)
Pesakit berhak mendapatkan khidmat Jurubahasa dari pihak hospital sekiranya terdapat masalah komunikasi.





Print article