
Laman Web Rasmi
Kesihatan Milik Semua
Unit ini terletak bersebelahan dengan Hospital Kunak iaitu di sebelah kanan dari jalan utama. Unit Pesakit Luar merupakan perkhidmatan tidak kurang pentingnya sebagai barisan hadapan selain daripada Unit Kecemasan dimana ia memberi rawatan ke atas para pesakit susulan dari Hospital Kunak atau dari Hospital lain. Unit ini juga sentiasa sibuk dipenuhi oleh para pelanggan yang meminta rawatan samada kes-kes baru atau ulangan tidak mengira bangsa, umur dan jantina.
ObjektifMemberi perkhidmatan rawatan kesihatan primer yang berkualiti dan efisien.
Unit Pesakit Luar Hospital Kunak adalah merupakan satu unit yang sentiasa berusaha ke arah mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rawatan kesihatan primer yang selalu peka dan sensitif dengan keperluan pelanggan.
Memberi kesedaran dan keyakinan masyarakat terhadap kemampuan dalam memberikan perkhidmatan pencegahan dan rawatan di peringkat primer. Di mana berpandukan perkhidmatan yang cemerlang berorientasikan prinsip “Kesempurnaan anggota dalam bertindak” iaitu anggota yang berbudayakan nilai-nilai korporat dengan penggunaan peralatan serta perawatan yang terkini.
|
|