Hospital KunakHospital Kunak
Laman Web Rasmi

Hospital Kunak

Kesihatan Milik Semua

Unit Farmasi dan Stor Perubatan

Objektif Unit Farmasi dan Stor Perubatan

  • Memastikan semua pelanggan menerima ubat-ubatan dan bukan ubat yang dipesan adalah berkualiti dan selamat.
  • Menyediakan perkhidmatan farmasi yang terbaik selaras dengan “pharmaceutical care” bagi menyokong program penjagaan kesihatan pesakit.
Visi Unit Farmasi dan Stor Perubatan

  • Memberi perkhidmatan farmasi yang terbaik selaraas dengan kemudahan terkini yang sedia ada demi kesihatan pelanggan.

Misi Unit Farmasi

  • Merealisasikan penyampaian perkhidmatan farmasi yang terbaik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi berbekalkan modal insan yang profesional dan jujur, sejajar dengan aspirasi negara.
Misi Stor Perubatan

  • Berusaha memastikan bekalan ubat dan bukan ubat yang berkualiti sentiasa pada tahap optima bagi mengelakkan pembaziran dan melancarkan pembekalan pesanan kepada pihak pengguna bagi menyokong kualiti penyampaian perkhidmatan Hospital Kunak.

Piagam Pelanggan Unit Farmasi

  • Setiap pelanggan luar dan dalam hospital akan dilayan dengan baik dan mesra.
  • Setiap pesakit akan diberi ubat-ubatan berlabel, berkualiti dan selamat. (Mengikut pesanan preskriber)
  • Ubat yang dipesan akan disediakan sebelum tamat waktu bekerja.
Piagam Pelanggan Stor Perubatan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik dan mesra.
  • Setiap pesanan akan dibekalkan dengan ubat dan bukan ubat yang berkualiti dan selamat.
  • Setiap pesanan akan diberikan mengikut stok semasa.
  • Setiap pesanan akan dilayan mengikut jadual pemesanan yang ditetapkan kecuali bagi pesanan kecemasan.

Print article