
Laman Web Rasmi
Kesihatan Milik Semua
Pengenalan
Bangunan unit hemodialisis dahulunya merupakan balai pelawat Hospital Kunak dan kini ia telah diubahsuai menjadi bengunan unit hemodialisis dengan kos sebanyak 400 ribu ringgit . Bangunan ini terletak bersebelahan dengan kantin Hospital Kunak. Unit ini telah beroperasi pada 14.12.15 dengan jumlah pesakit seramai 6 orang dan jumlah mesin sebanyak 10 unit. Dahulunya semua pesakit menjalani rawatan hemodialisis di Hospital Tawau. Perasmian unit telah dirasmikan pada 24.02.2016 oleh YB Datuk Hj Nilwan Bin Kabang, Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.
Objektif Unit
Menyediakan rawatan hemodialisis kronik kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, disamping memberi perkhidmatan merangkumi nasihat kaunseling, maklumat mengenai rawatan dan penyakit serta penyiasatan awal sebelum pemindahan buah pinggang.
Skop perkhidmatan
Unit hemodialisi berfungsi merawat kes-kes pesakit yang telah disahkan sebagai End Stage Renal Failure (ESRF). Antara perkhidmatan yang diberikan adalah :
|
|