Hospital KunakHospital Kunak
Laman Web Rasmi

Hospital Kunak

Kesihatan Milik Semua

Unit Patologi dan Tabung Darah

Misi

  • Memberikan sepenuh komitmen kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan produktiviti dalam perkhidmatan.
  • Mengamalkan kerja berpasukan dengan penuh dedikasi, bersikap proaktif, kreatif dan inovatif serta prihatin, penyayang dan mesra pelanggan.
  • Menyediakan perkhidmatan yang efisien, efektif dan dinamik serta mengutamakan kehandak pelanggan.
  • Perkhidmatan Jabatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan budaya kerja berpasukan, serta profesionalisme demi kecemerlangan rawatan untuk pelanggan.
Visi

  • Mewujudkan sebuah unit patologi yang unggul dengan perkhidmatan yang berkualiti, cemerlang, berinovasi dan mesra pelanggan, dengan keputusan ujian yang cepat, tepat serta diyakini untuk pendiagnosan penyakit dan perawatan pesakit demi kepuasan pelanggan selaras dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Objektif

  • Melaksanakan hasrat dan hala tuju Kementerian Kesihatan Malaysia serta mematikan segala keputusan makmal yang dikeluarkan memenuhi spesifikasi output yang berkualiti dan jitu, di samping membentuk satu unit perkhidmatan patologi yang mantap, ikhlas dan cekap dalam tugasan yang diamanahkan.
Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan jujur, mesra, hormat dan bertimbang rasa.
  • Setiap ujian yang diminta akan diberi penerangan yang lengkap dan jelas apabila perlu.
  • Setiap spesimen yang diminta akan dikendalikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  • Setiap ujian akan dijalankan dengan cepat dan tepat dengan menggunakan teknologi yang sesuai serta sumber yang sedia ada.
  • Semua ujian yang segera akan dikendalikan dengan serta merta.
  • SEGALA MAKLUMAT PESAKIT ADALAH SULIT.

Print article