Hospital KunakHospital Kunak
Laman Web Rasmi

Hospital Kunak

Kesihatan Milik Semua

Audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Peringkat JKN Sabah 2012  Berita  17 Oct 2012 12:00 PM  102 reads

Audit 5s JKNSabah 2012
Pada 17/10/2012 yang lepas, satu audit bersempena dengan Pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah dijalankan di Hospital Kunak. Audit tersebut telah dilakukan oleh dua orang Juruaudit yang mewakili pihak JKN Sabah iaitu Dr. Richard Avoi dan En. Saris Ombou.

Para Juruaudit tiba pada sekitar jam 8:45 pagi dan disambut oleh wakil Timbalan Pengarah Hospital, En. Nasrol Papo, Penyelaras Sementara 5S, En. Mohd Kamrin Dundulang, Ketua-Ketua Unit serta kakitangan Hospital Kunak. Mereka kemudiannya dibawa ke Bilik Seminar Madai untuk menerima ucapan alu-aluan daripada wakil Timbalan Pengarah Hospital disamping mendengar taklimat berkenaan dengan implementasi 5S di Hospital Kunak yang disampaikan oleh Ketua Juruaudit Dalaman 5S Hospital, Pn. Halipah Bachok.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan balas daripada pihak Juruaudit yang disampaikan oleh Dr. Richard Avoi. Beliau menyatakan bahawa tujuan audit dijalankan bukan untuk pertandingan semata-mata, tetapi juga untuk memastikan agar pihak hospital sentiasa mengekalkan amalan persekitaran berkualiti yang berterusan di tempat kerja. Beliau memaklumkan bagi tujuan pertandingan ini, sebanyak empat unit utama akan dipertandingkan iaitu Unit Pentadbiran, Unit Farmasi, Stor Perubatan serta Unit Patologi dan Tabung Darah sementara unit-unit yang lain dialu-alukan sekiranya mahu diaudit untuk mengetahui sejauh mana pencapaian amalan persekitaran berkualiti di unit-unit tersebut.

Sebelum audit di keempat-empat unit tersebut dijalankan, kedua-dua Juruaudit melakukan audit keatas fail-fail induk dan fail zon terlebih dahulu. Beberapa komen dan cadangan penambahbaikan oleh para Juruaudit telah dicatit sebagai panduan dan rujukan hospital pada masa akan datang. Sepanjang audit di keempat-empat unit tersebut, pihak Juruaudit telah memberikan dua ‘Bintang’ iaitu kepada Unit Pentadbiran dan Unit Farmasi sementara satu lagi ‘Bintang’ diberikan sebagai tambahan kepada Unit Kecemasan dan Trauma atas inovasi menggunakan semula bahan terbuang yang ditunjukkan oleh unit tersebut. Aktiviti audit berakhir pada sekitar jam 1:30 petang.

Dalam ucapan penggulungan yang disampaikan oleh Dr. Richard Avoi, beliau amat berpuas hati dengan implementasi dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh para kakitangan dalam mengekalkan amalan persekitaran berkualiti di Hospital Kunak. Beliau berharap dan yakin bahawa amalan ini dapat diteruskan memandangkan banyak inovasi yang telah dihasilkan oleh para kakitangan Hospital Kunak. Rombongan audit bertolak balik pada sekitar jam 4 petang.


Album Gambar

Print article