Hospital Kunak (https://hknk.moh.gov.my)

Kesihatan Milik Semua

Unit Radiologi

Category : Maklumat Unit
Lokasi

Kedudukan Unit Pengimejan Diagnostik Hospital Kunak adalah terletak berhampiran pintu masuk utama di tingkat bawah yang bersebelahan dengan Unit Kecemasan dan Trauma.

Objektif

Memberi perkhidmatan pemeriksaan x-ray kepada masyarakat dengan menghasilkan radiograf yang berkualiti diagnostik melalui fasiliti dan kemahiran tenaga kerja sedia ada serta mengamalkan prinsip perlindungan radiasi.

Skop Perkhidmatan

Memberi perkhidmatan pemeriksaan x-ray kepada pelanggan-pelanggan dari Unit Kecemasan dan Trauma, Wad-wad, Dewan Bedah dan Radiografi Post-Mortem. Jenis perkhidmatan permeriksaan x-ray yang disediakan adalah merangkumi semua jenis pemeriksaan x-ray biasa. (Plain x-ray)

Struktur Organisasi

  • Unit ini dikendalikan oleh 3 orang anggota iaitu dua orang Juru X-Ray dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan.
  • Tugas pentadbiran dan pengurusan harian dilakukan oleh Juru X-Ray yang menjaga unit ini.